Monday 27 June 2011

OPA Dinner & OPPP Carnival 2011


Selamat Sejahtera,

Pada 25 Jun 2011 yang lepas, OPA telah mengadakan OPA Annual Dinner di Shangri-La Kuala Lumpur. Oleh itu, terdapat 8 orang OP OATHS yang telah terlibat sama pada malam itu, yakni OP Chan, OP Sathiya, OP Daryl, OP Amon, OP, Syahin, OP Burst, OP Chong dan OP Syed Ibrahim. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, pada makan malam ini akan diadakan pelbagai persembahan oleh OP yang menganjurkan, yang mana tahun ini dianjurkan oleh OP 71.
Gambar disediakan oleh OP Chong.






Pada 26 Jun 2011 pula, MTD dengan kerjasama OPA telah menganjurkan OPPP Carnival. Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti Menembak M-16 dan berbasikal sekeliling maktab. Pada waktu pagi, pertandingan sukan antara OP dengan PP telah dijalankan seperti bola keranjang, sepak takraw, tenis, kriket dan bola tampar. Setelah tamat, OP diberi peluang untuk naik ke atas line kompeni untuk melihat tempat mereka pernah tinggal suatu masa dahulu. Dalam masa yang sama juga, makan tengah hari disediakan di mess putera.

Setelah solat zuhur, OP dan semua warga bergerak turun ke DTT seterusnya ke padang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, hoki, ragbi dan kemuncaknya tarik tali. Pemenang keseluruhan bagi karnival tahun ini disandang oleh OP ! Tahniah buat beberapa OP yang telah melibatkan diri dalam sukan seperti OP Muslim (Hoki), OP Naqib, Op Fawzan (Ragbi), OP Rafiq (bola tampar) dan OP OATHS yang laen yang turut terlibat utk mewakili OP. Karnival ini diakhiri dengan tiupan bugler.
Gambar disediakan oleh OP Rohaizan.












Sekian.

OP Syahin.
Add Image

1 comment:

amer afizal azmee said...

sorry bro.. i couldnot make it that day... siyes miss that day.. tp, waiting la dulu..