Monday 27 June 2011

OPA Dinner & OPPP Carnival 2011


Selamat Sejahtera,

Pada 25 Jun 2011 yang lepas, OPA telah mengadakan OPA Annual Dinner di Shangri-La Kuala Lumpur. Oleh itu, terdapat 8 orang OP OATHS yang telah terlibat sama pada malam itu, yakni OP Chan, OP Sathiya, OP Daryl, OP Amon, OP, Syahin, OP Burst, OP Chong dan OP Syed Ibrahim. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, pada makan malam ini akan diadakan pelbagai persembahan oleh OP yang menganjurkan, yang mana tahun ini dianjurkan oleh OP 71.
Gambar disediakan oleh OP Chong.






Pada 26 Jun 2011 pula, MTD dengan kerjasama OPA telah menganjurkan OPPP Carnival. Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti Menembak M-16 dan berbasikal sekeliling maktab. Pada waktu pagi, pertandingan sukan antara OP dengan PP telah dijalankan seperti bola keranjang, sepak takraw, tenis, kriket dan bola tampar. Setelah tamat, OP diberi peluang untuk naik ke atas line kompeni untuk melihat tempat mereka pernah tinggal suatu masa dahulu. Dalam masa yang sama juga, makan tengah hari disediakan di mess putera.

Setelah solat zuhur, OP dan semua warga bergerak turun ke DTT seterusnya ke padang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, hoki, ragbi dan kemuncaknya tarik tali. Pemenang keseluruhan bagi karnival tahun ini disandang oleh OP ! Tahniah buat beberapa OP yang telah melibatkan diri dalam sukan seperti OP Muslim (Hoki), OP Naqib, Op Fawzan (Ragbi), OP Rafiq (bola tampar) dan OP OATHS yang laen yang turut terlibat utk mewakili OP. Karnival ini diakhiri dengan tiupan bugler.
Gambar disediakan oleh OP Rohaizan.












Sekian.

OP Syahin.
Add Image

Saturday 18 June 2011

NEWS : Upcoming Activities in June

Assalamualaikum and Good day,

As we all know, in this month of June, there are events organized by OPA. The events are:

1900H - 23 June - Bangunan OPA
-OPA Annual Tahlil. As usual, all OP's are welcomed for the dinner after the tahlil

2000H - 25 June - Shangri-La Kuala Lumpur
-OPA Annual Dinner.

0800H - 26 June - RMC, Sg Besi
-OPPP Games

Yours truly,
OP Syahin

Oaths in Egypt.

Assalamualaikum w.b.t


Seramai 24 old putera yang kini melanjutkan pelajaran di Mesir. Dari jumlah itu, seramai 12 orang adalah daripada  batch Oaths 0809 dan 12 orang lagi terdiri dari batch2 yang sebelum ini. Tidak kenal maka tidak cinta. Bagi memberi maklumat pengenalan kepada op2 Oaths yang tidak mengenali mereka, kami menyenaraikan nama2 mereka yang kini menuntut di Universiti di negara Mesir ini.

Berikut adalah senarai pengenalan Op2 yang kini menuntut di Mesir:

  1. OP Amirul Muttaqin Bin Sham (B-coy) Alexandria University
  2. OP Zulfahmi Bin Zulkeflee (A-coy) Alexandria University
  3. OP Muhammad Syahid Jafri (A-coy) Alexandria University
  4. OP Fuad Ammar Fuad Tayadi (A-coy) Alexandria University
  5. OP Mohamad Azrul Hanafi Bin Khairul Zaman (D-coy) Alexandria University
  6. OP Amzar Azman (G-coy) Alexandria University
  7. OP Mohamad Izman Shah Gibbs Bin Azlan Shah Gibbs (E-coy) Alexandria University
  8. OP Mohamad Ikhwan Bin Zubir (G-Coy) Alexandria University
  9. OP Abdul Hakim Fadzilah (D-coy) Tanta University
  10. OP Abdul Halim Mahmud (E-Coy) Tanta University
  11. OP Ahmad Uzair (G-Coy) Tanta University
  12. OP Zharif Athif (H-Coy) Zagazig University.

Kesemua Oaths Mesir menuntut dalam bidang perubatan dan tempoh pengajian kami adalah selama 6 tahun.  Doa dan sokongan daripada Oaths sekalian amatlah diharapkan bagi melahirkan doktor-doktor dan pemimpin-pemimpin dari kalangan Oaths yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti, InsyaAllah.

Yang menurut perintah, 

Oaths0809

Berminat Menjadi Admin?

Salam..post pertama dalam blog batch kita..tawaran masih dibuka kepada batchmates2 yang sudi meluangkan masa menjadi admin kepada blog batch kita ni..tiada syarat2 untuk penilaian..yang penting haruslah mempunyai komitmen dan dedikasi yang tinggi..dan post yang di update mestilah ada nilai2 kesopanan..hahah..sebab blog kita ni semua orang boleh bukak..biar orang kata batch tak baik..asal jangan tunjuk2 sangat ketidakbaikan kita..heheh.. mungkin boleh ada wakil untuk setiap kompeni..atau mana2 IPT yang mempunyai strength yang ramai..boleh juga melaporkan aktiviti2 kita bersama2 dalam blog ni..bagi yang ada gambar2 menarik pasal batch kita..boleh juga salurkan disini...bagi yang bukan admin dan ingin menyampaikan laporan2 tertentu tentang perkara2 berkenaan batch..boleh salurkan kepada admin..atau update di blog sendiri bagi yang ada blog...then bagi link..admin akan copy paste..ok?sesiapa yang ada cadangan lagi..boleh tuju lagu..(hambar disitu)..boleh tulis di ruangan komen..harap maklum..long live OATHS!

~Note~